138
RELEASE YOUR JABRA
139
Jabra A125s Bluetooth music adapter
1. Terima kasih
Terima kasih kerana membeli Penyesuai Muzik Bluetooth® Jabra A125s yang direka
bentuk khas untuk kebanyakan iPod. Kami berharap anda akan menikmatinya!
Anda akan menemui cara baru untuk menikmati muzik anda – secara wayarles!
Manual arahan ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk
menggunakan penyesuai anda dengan sepenuhnya.
Apabila Jabra A125s disambung kepada iPod, kendalikan iPod dan Jabra A125s
anda dengan cermat.
2. Perihal Jabra A125s anda
1. Lampu penunjuk (LED) dan butang berbilang fungsi
2.
Soket pengecasan
3.
Penyambung dok untuk iPod
Fig 1
3. Apa yang boleh dilakukan oleh Jabra A125s anda
Jabra A125s anda direka bentuk untuk berfungsi dengan sebarang set kepala
stereo Bluetooth Jabra seperti Jabra BT620s. Penyesuai boleh disambungkan
kepada kebanyakan iPod, iPod mini dan nano melalui penyambung dok iPod.
iPod dengan
paparan
berwarna
iPodiPod mini iPod nano iPod dengan
video
Spesikasi:
• Sehingga 10 jam muzik – masa bersedia sehingga 250 jam
• Bateri boleh dicas semula dengan opsyen mengecas dari PC melalui kabel
USB, bekalan kuasa AC (tidak disertakan dalam pek), atau pengecas kereta
(tidak disertakan)
• Berat 22 gram (3/4 auns)
• Jarak pengoperasian sehingga 10 meter (33 kaki)
• Audio Canggih (A2DP), Kawalan Jauh (AVRCP) (lihat glosari halaman 144)
• Spesikasi Bluetooth 1.2 (lihat glosari halaman 144)
Apakah yang terdapat di dalam pek?
• Penyesuai muzik Bluetooth Jabra A125s
• Pengecas USB untuk mengecas dari sebarang PC atau komputer riba
• Manual pengguna
4. Untuk bermula
Jabra A125s mudah untuk dikendalikan. Butang berbilang fungsi boleh
menjalankan berbagai-bagai fungsi bergantung pada lama masanya anda
menekan butang tersebut:
Arahan: Tempoh tekanan:
Ketik Tekan sekejap dan lepaskan
Tekan Anggaran: 1 saat
Tekan dan tahan Anggaran: 5 saat
5. Mengecas Jabra A125s anda
Pastikan bahawa Jabra A125s anda dicas sepenuhnya selama 6 jam sebelum
anda mula menggunakannya. Hanya gunakan pengecas yang disediakan di
dalam kotak atau pengecas Jabra yang diluluskan seperti pengecas AC Jabra
BT620s. Jangan gunakan pengecas daripada peranti lain kerana ini boleh
merosakkan Jabra A125s anda.
Sambung pengecas USB kepada soket pengecasan Jabra A125s anda (lihat
rajah 1)
Apabila LED berwarna merah terang, penyesuai muzik anda sedang mengecas.
Bila lampu beralih ke warna hijau, penyesuai telah tercas sepenuhnya.
6. Menghidupkan Jabra A125s anda
• Untuk menghidupkan Jabra A125s, tekan butang berbilang fungsi
sehingga anda melihat pancaran kerlipan
•
Tekan dan tahan butang berbilang fungsi untuk mematikan peranti
Nota: Akan kelihatan pancaran kerlipan dan kemudian kelipan yang tetap ketika
produk mencari set kepala yang telah berpasangan dengannya sebelum ini.
7. Berpasangan dengan set kepala stereo Bluetooth
Sebelum anda menggunakan Jabra A125s anda, ia perlu berpasangan
dengan set kepala Bluetooth
• Pastikan bahawa set kepala dan Jabra A125s telah dimatikan
1
3
2