Jabra A125s Network Card User Manual


 
142
RELEASE YOUR JABRA
143
Jabra A125s Bluetooth music adapter
11. Perlukan bantuan lanjut?
1. Web: www.Jabra.com
(untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna dalam
talian terkini)
2.
Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat
Nombor Bebas Tol:
Australia: 1-800-083-140 (10:00 – 19:00)
China: 800-858-0789 (08:00 – 19:00)
Hong Kong: 800-968-265 (08:00 – 17:00)
Indonesia: 001-803-852-7664 (08:00 – 17:00)
Jepun
: 0034-800-400-594 (09:00 – 18:00)
Malaysia: 1800-812-160 (08:00 – 17:00)
New Zealand: 0800-447-982 (12:00 – 21:00)
Singapura
: 800-860-0019 (08:00 – 17:00)
Taiwan: 0080-186-3013 (08:00 – 19:00)
India: 000-800-852-1185 (05:30 – 14:30)
Filipina
: 1800 765 8068 (08:00 – 17:00)
12. Menjaga penyesuai muzik anda
Sentiasa simpan Jabra A125s dengan dimatikan kuasa dan terlindung
dengan selamat
Elakkan penyimpanan dalam suhu melampau (melebihi 45°C/113°F
– termasuk sinaran langsung cahaya matahari – atau di bawah -10°C/14°F).
Ini boleh memendekkan hayat bateri dan boleh menjejaskan operasi. Suhu
tinggi juga boleh menurunkan prestasi
Jangan dedahkan Jabra A125s kepada hujan atau cecair-cecair lain
13. Waranti
Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini daripada sebarang kecacatan bahan
dan hasil kerja bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian asal. Syarat-syarat
waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:
Waranti ini terhad kepada pembeli asal
Salinan resit anda atau bukti pembelian yang lain diperlukan.
Waranti ini tidak sah jika nombor siri, label kod tarikh atau label produk
dibuka, atau jika produk terdedah kepada tindakan zikal, pemasangan yang
tidak betul, pengubahsuaian atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak
bertauliah
Tanggungjawab produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada
pembaikan atau penggantian produk atas budi bicara mutlaknya
Sebarang waranti tersirat terhadap produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad
kepada satu tahun dari tarikh pembelian bagi semua bahagian, termasuklah
sebarang kord dan penyambung
Secara khusus dikecualikan daripada sebarang waranti adalah komponen
hayat terhad dan guna habis yang boleh haus dan lusuh, seperti pelindung
mikrofon, kusyen telinga, kemasan dekoratif, bateri dan aksesori lain
Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan sampingan atau langsung yang timbul akibat penggunaan atau
penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom)
Waranti ini memberi anda hak khusus dan anda mungkin mempunyai hak-
hak lain yang berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain
Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak
dibenarkan, dalam sebarang keadaan, untuk cuba melaksanakan servis,
penyesuaian atau pembaikan terhadap unit ini, sama ada semasa atau
selepas tempoh waranti. Ia mestilah dikembalikan ke tempat pembelian,
kilang atau agensi servis yang bertauliah bagi menjalankan semua kerja-
kerja seumpamanya
Jabra (GN Netcom) tidak akan memikul sebarang tanggungjawab untuk
sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran.
Sebarang kerja pembaikan terhadap produk Jabra (GN Netcom) oleh pihak
ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan waranti
AMARAN: Sambungan yang tidak betul, pengubahsuaian, pembaikan tanpa
izin, menjatuhkan, memukul dan penyalahgunaan lain terhadap produk boleh
merosakkan produk dan juga iPod anda. Jabra tidak bertanggungjawab
terhadap kerosakan sedemikian.
14. Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan
CE
Cina
Mematuhi peruntukan Peraturan Radio Cina.
Republik Korea
Diperakui di bawah peruntukan Peraturan bagi Pensijilan Peralatan
Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal Penyelidikan Radio
(Kementerian Maklumat dan Komunikasi)
Taiwan
Diluluskan oleh Ketua Direktorat Komunikasi (Kementerian Pengangkutan dan
Komunikasi).
Singapura
Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA)
untuk jualan dan penggunaan di Singapura.
FCC
Peranti ini memenuhi syarat bahagian 15 dalam Peraturan FCC. Operasi
tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan
gangguan yang berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang
gangguan yang diterima, termasuklah gangguan yang boleh menyebabkan
operasi yang tidak diingini.